Mesyuarat suatu ketika dulu (tidak tercatat tarikhnya)….
“Kamu kata nak cakap sepuluh minit, ni dah lebih. Daripada 10 minit jadi setengah jam, entah-entah jadi sejam pula lepas ni!”
Bos Melati buat muka tenang tapi dalam hati penuh kecuakan. Melati tahu tu!hahaha…Saat yang ditunggu-tunggu Melati, nak keluar dari bilik mesyuarat, bosannnnnn!
Dari semalam lagi Melati menunaikan solat sunat Istikharah, namun masih tidak ketemu jawapannya. Melati nak menikah? Oh tidak tidak! Melati tengah fikir nak berhenti kerja atau tidak. Mana satu la Melati mahu pilih. Uhuk uhuk..
Hari ini tiba-tiba sahaja mesyuarat diadakan balik. Melati ingatkan sudah tidak ada mesyuarat sejak Uncle Arab yang nombornya entah keberapa tu naik pangkat jadi bos kepada bos Melati. Macam biasa la Melati tak banyak bersuara dalam mesyuarat. Mesyuarat yang tidak pernah membuahkan apa-apa hasil itu berlangsung selama setengah jam. Sepatutnya sejam tapi Uncle Arab tu asyik kacau saja. Elok juga, Melati dah tak tahan berada dalam bilik bos Melati yang baik tapi tak berapa nak best..
Pakcik Wesam pun turut perkenalkan diri hari ini. Ustaz Izzuddin kata, Geng2 tak berapa nak hot semuanya kenalkan diri balik. Si Hafiz selalu buat lawak bodoh. Bunyi macam tak perlu nak gelak tapi sebenarnya Melati ketawa terkekek-kekek juga.
Bos Melati asyik pandang Melati je hari ni. Perasan! Padahal Melati betul-betul duduk depan bos dia.
“ Saya rasa Unit Peperiksaan tiada apa-apa masalah bukan?
Tepat-tepat bos pandang wajah Melati. Melati tiba-tiba menikus. Tapi, penyelamat Melati,Ustaz Izzuddin dengan lajunya mengutarakan permasalahan unit. Melati masih lagi macam tu, senyum, lepas tu ketawa.
Tiba-tiba Uncle Arab tu datang lagi..
“Kamu kata nak cakap sepuluh minit, ni dah lebih. Daripada 10 minit jadi setengah jam, entah-entah jadi sejam pula lepas ni!”
Bos Melati buat muka tenang tapi dalam hati penuh kecuakan. Melati tahu tu!hahaha…Saat yang ditunggu-tunggu Melati, nak keluar dari bilik mesyuarat, bosannnnnn!
No comments:
Post a Comment