Friday, 2 March 2012

Life Preview

Entah kenapa aku masih terasing. Terasing pada yang tidak asing. Sukarnya berbicara pada yang tidak asing. Payahnya meluahkan kelelahan pada mereka. Tidak mudah menyatakan pada mereka bahawa aku sebenarnya sangat sakit. Sakit fizikal dan mental yang paling utama.

Apa lagi yang aku boleh buat selain menangis seorang diri dalam ruang sempit ini. Menghempas sisa-sisa amarah dan pilu pada papan kekunci untuk menghasilkan sesuatu di sini. Sungguh aku sangat perlukan teman untuk berbicara dan menangis.

Sabar itu juga ada limit tahu? Sampai bila lagi aku mampu bertahan?

Kenapa kita perlu berkorban demi kebaikan orang lain? Bukan untuk diri sendiri? Menjaga diri sendiri dahulu lebih baik daripada kita jaga orang lain. Kalau kita jatuh, macam mana kita nak bantu orang lain bangun? Kalau kita pun sakit, macam mana kita nak jaga orang yang dah sedia sakit?

********

Baris baris cerita dahulukala buat aku terfikir kembali..Alangkah susahnya mahu berdiri seperti sekarang. Bukan mudah mahu membuang luka-luka lama.

Jika dahulu aku cuba bangkit, pasti jatuh kembali dengan mudah
Lemah kalah pada masalah
Berteriak sendirian jauh di sudut batin
Tiada insan lain memahami

Alangkah rapuhnya jiwa aku suatu ketika dulu. 

Adakala aku sendiri tidak sedar yang aku semakin pulih hari demi hari. Biarpun aku jauh dari insan yang buat pertama kalinya dalam hidup aku, dia hadir memberi sedikit ruang payungan persahabatan kerana Allah. Kata-katanya memberi inspirasi, mengasah semangatku yang kian tumpul.

Berpuluh tahun aku hidup dalam amarah yang tidak aku sedari tersimpan kejap dalam diri. Sehinggalah aku dipertemukan dengan insan mulia ini.

Aku cuba belajar jadi pemaaf.
Aku cuba jadi penyabar.
Aku cuba jadi hamba yang bersyukur.
Aku cuba jadi seorang yang redha dengan jalan hidupku 
setelah cuba berusaha menjadi yang terbaik.

Aku masih mampu menangis.

Tapi..

Tidak pada luka itu
Namun pada lemahnya diri sebagai hamba serba kekurangan.

Mujahadatun Nafs.

No comments: