"Kau boleh ikut aku balik tak?"
"Err, entah la boleh ke..Jap..(berfikir sejenak)"
"Cepat lah, aku nak book tiket flight terus ni. Kalau lambat terlepas la tiket RM4 ni"
"Erm, ok boleh la..."
Dalam keadaan serabut Melati terpaksa bersetuju dengan pertanyaan Ayong. Ikut hati memang Melati malas menemani kakaknya balik. Lagipun bukannya urusan dia. Namun apakan daya, perasaan belas lagi lebih daripada buat tidak tahu dengan masalah adik beradik.
Melati seorang yang lembut hati. Mudah kalah dan tidak sampai hati pada pujuk rayu dan airmata orang lain. Sensitiviti yang tinggi terhadap perasaan orang lain. Cuma apa yang paling Melati terkilan, susah benar orang lain mahu memahami diri dan perasaannya. Antara perasaan tidak mahu dan juga serba salah. Apalagi bila seseorang itu seolah-olah mendesak dirinya menerima apa sahaja permintaan dan pertolongan. Deritanya rasa sebegitu!
Nafas Melati turun naik, rasa sesak tiba-tiba bila memikirkan mahu mengambil cuti lagi. Emergency Leave!Arghhhhh..Bos Melati semestinya melontarkan pelbagai soalan lagi disebabkan Melati asyik cuti balik kampung. Allah saja yang tahu betapa Melati resah memikirkan impak yang bakal berlaku pada dirinya sebaik saja pulang dari kampung nanti.
*******
Melati mula menyusun ayat-ayat yang sesuai dalam kepalanya untuk disampaikan kepada Kak Reen, staf HR tempat dia bekerja. Dia terpaksa balik awal hari ini memandangkan dia akan ke rumah Ayong nya dahulu di Putrajaya sebelum menaiki kapal terbang jam 9 malam.
Berkali-kali Kak Reen lalu di tepi mejanya apabila mahu keluar dari pejabat staf perempuan untuk ke bilik mesyuarat di tingkat 11. Setelah berkira-kira sendirian, akhirnya Melati menahan Kak Reen di tepi bucu kiri mejanya.
"Kak Reen, saya nak minta balik awal hari ini pukul 4 petang boleh tak? Flight saya pukul 9 malam ni"
"Yeke? Kalau macam tu, awak hantar email pada bos dan CC pada akak ok."
"Ohh, ok!"
Sungguh bertimbangrasa Kak Reen bagi lampu hijau untuk keluar awal. Sebaik saja mendapat maklumbalas positif daripada Kak Reen, Melati mula menekan butang 'new email' menggunakan Microsoft Outlook untuk menghantar mesej makluman buat bosnya.
Dear Dr.Moussa,
I have to go back early TODAY at 4 p.m, need some preparations before going back to my hometown tonight..
Syukran..
Jenuh juga nak susun ayat dalam email walaupun sekadar dua baris. Bahasa Inggeris pula tu. Sebaik sahaja Melati menaip perkataan 'regards' selepas langkau dua baris daripada perkataan terakhir mesej tersebut, dia menekan pantas tetikus pada butang 'to'. Huruf 'A' ditaip, lalu nama Asst.Prof.Dr.Moussa Keita dipilihnya. Manakala pada butang 'cc', Melati menaip huruf 'A' lagi, 'I' dan 'S' dan memilih nama Azreen Zainal Abidin,Izzuddin Helmy serta Syazwan Khalis selaku Head Of Department Melati. Akhir sekali Melati klik butang 'SUBMIT'.
Tiada apa yang diharapkan oleh Melati melainkan bosnya dapat memahami masalahnya.