Friday, 16 March 2012

Embun Melati | Awak Kena Kahwin

Migrain bukan kira masa dan ketika bila ia mahu menjengah. Sudah 3 hari Melati menahan sakit akibat migrain bermula Ahad, Isnin dan juga Selasa. Bermakna hari Isnin dan Selasa, Melati tidak dapat bekerja. Oleh kerana teman-teman serumah Melati semuanya pelajar, jadi Melati berseorangan di rumah sewa, meniti hari bersendirian tanpa sesiapa sudi membantu. 

Jika mahu difikir-fikir, hendak juga Melati memandu kereta bersendirian menuju ke klinik pada hari Isnin, tu  namun bimbang juga kalau apa-apa terjadi pada diri akibat cuba-cuba memandu dalam keadaan sakit. Lalu Melati hanya berehat saja pada hari tersebut dan membuat keputusan untuk berjumpa doktor keesokan harinya.

Keesokan hari iaitu hari Selasa, Melati ke Klinik Ajwa yang berdekatan dengan rumah sewanya. Dekat tak dekat pun, Melati tetap kena gagahkan diri memandu kereta. Melati sudah serik berkunjung ke Klinik Noridah walaupun klinik itu bersebelahan saja dengan blok rumah kedai yang didiaminya. Bukan apa, semenjak doktor di Klinik Noridah berkata begini :

"Kerap juga awak ambil MC ya?"

Menyirap juga Melati mendengar pertanyaan tersebut. Bagi Melati ia merupakan sindiran, bukan ayat tanya. Apa punya doktor la, dia ingat manusia sakit ni hanya dapat dengan meminta-minta daripada Yang Memberi sakit. Sebab itulah Melati jawab :

"Nak buat macam mana dah saya sakit"

Klinik Ajwa selalunya dikunjungi oleh ibu-ibu mengandung. Melati masih lagi bujang tetapi kebiasaannya setiap doktor yang memeriksanya pasti ingat dia ni sudah berkahwin. Arghh tekanan betul!

Melati bercadang untuk mendapatkan mc untuk hari kelmarinnya tapi doktor tidak meluluskan pengambilan mc bagi hari yang sudah terlepas. Sebenarnya doktor tu kerek saja, bukan susah pun nak bagi, lagipun MC dibayar, malahan Melati memang betul-betul tidak sihat. Namun apa boleh buat sudah begitu nasibnya. Dapat sehari saja la MC untuk Selasa. Hari kelmarin tersebut Melati buat EL (emergency leave). Apa boleh buat, terpaksa.

Bagi  staf HR mengesahkan MC pada hari tersebut juga cerewet dan leceh. Nak kena isi borang dan ambil tandatangan bagai daripada bos. Melati sebenarnya merasa agak cuak mahu mengadap muka bos yang berkilat. Ops!

Eh, Melati bukannya bencikan bos, cuma bos suka saja sindir Melati. Awal-awal Melati kerja dulu, bos kata Melati ni jumpa dia sebab minta sign cuti atau MC sahaja. Sampai hati kan bos, Melati tidak pernah berniat begitu, sudahnya keadaan jadi macam tu Melati nak buat bagaimana lagi?

Seminggu juga la Melati cari masa untuk jumpa bos ambil tandatangan pengesahan MC. Hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Melati melangkahkan kaki ke bilik bos nya. Dalam hati Melati hanya berdoa agar kali ini bos tidak memerli lagi.

Ada juga la beberapa soalan yang bos lontarkan pada Melati berkaitan dengan EL yang perlu disahkan melalui iloginhr.com. Last sekali barulah Melati hulurkan borang dan juga MC untuk ditandatangani. Alih-alih bos kata :


"Awak ni kena kahwin baru kurang sakit."

Adeyyyyy. Kena juga!

Melati cuba membalas kata-kata bosnya dengan setenang yang boleh.

"Ya ya bos, insyaAllah."

No comments: