Tuesday, 31 July 2012

Embun Melati | Perlu Semangat

Airmata berjuraian bagai tiada mahu berhenti. Bucu bantal sebelah kiri lencun dibanjiri airmatanya.

Sudah lama Melati tidak menangis sebegini rupa. Melati sakit siapa yang tahu? Tiada siapa yang pastinya mengerti kekecewaan dalam hatinya. Pasti kalian ingat Melati kecewa dengan cinta manusia bukan? Oh tidak. Melati tidak mahu kecewa kerana cinta pada insan bernama lelaki. 

Melati cuma kecewa dengan diri sendiri. Kecewa kerana tidak mampu menjaga diri sendiri. Kecewa kerana tidak mampu sabar menahan kesakitan. Melati sedih terpaksa menyusahkan orang lain demi mengatur kesembuhan diri sendiri. Terkadang Melati tidak mampu melawan hiba pabila orang lain naik angin terhadap dirinya.

Hari Isnin dikatakan hari yang baik. Hari yang Nabi suka. Namun bagi Melati ianya hari ujian, dugaan yang tidak mampu Melati tahan perasaan sendiri daripada bersabar. Dan...Melati hanya mampu menangis tanpa henti. Sekejap-sekejap teresak-esak menahan sendu tangis. Melati cuba gagahkan diri sendiri melakukan apa-apa sendirian demi menenangkan hati rawan.

Adakalanya Melati rasa mahu pergi jauh-jauh dari semua orang. Tapi harusnya ke mana?Tiada tempat atas dunia ini yang tiada manusia. Langkah kaki ke mana sekalipun, pasti Melati kan jumpa wajah-wajah manusia yang punya pelbagai ragam dan sifat.

Melati tidak minta banyak dari kawan-kawan. Mendengar dan memeluk Melati ketika sakit dan sedih. Hanya itu. Biarlah sekalipun kawan tidak mampu menyelesaikan masalah yang Melati hadapi, tapii...cukuplah jika mereka memeluk Melati dengan penuh kasih sayang seperti kanak-kanak yang inginkan belaian dari ibunya. Melati perlu sokongan dan semangat untuk teruskan hidup. Perlu kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya.

Melati tak kuat. Melati rapuh. Serapuh biskut yang lemau akibat sudah lama tidak disentuh dan dimakan. 

Melati perlukan ketabahan. Seperti tabahnya Sumayyah menghadapi huluran pedang kafir. 

Melati perlu ketenangan. Seperti tenangnya air laut yang belum pasang.

Melati mahu kegembiraan. Seperti riangnya kanak-kanak bermain layang-layang, melawan arus angin dari kiri kanan.

Melati merintih lagi......

Monday, 4 June 2012

Embun Melati | Rombongan


"A TRIP TO KELANTAN “KELATE”

رحلة الى كيلانتان

Assalamualaikum wrth wbrth 
Dear all,

Those who are interested to join a trip to Kelantan, kindly register your name with Bro Aidil (bukan nama sebenar) as soon as possible (by next week,Monday) In order to cover the cost of transportation from KL – KB ( 7 hours), and two nights’ accommodation. Therefore, if you are interested to join 2 days program as mentioned in tentative attached, you are required to pay RM100 per head. (adult). All our children are free.

We will depart from KL at Friday and come back to KL again after attending wedding ceremony of our staff, Rosli Tarmizi (bukan nama sebenar). (office organizer). 

For further inquiry, please do not hesitate to call Bro Aidil . Thank you."


*******


Errr...tak best lah balik sekejap-sekejap. Melati rela habiskan duit balik jumpa mak bapak lama-lama. Bukan trip mrip macam ni. Ha, kalau trip ke rumah Melati tidak mengapa. Sambut menantu dapat rahmat. Eh menantu?!

Silap, tetamu...hehehehe


Sunday, 15 April 2012

Embun Melati | Resah & Harapan

"Kau boleh ikut aku balik tak?"

"Err, entah la boleh ke..Jap..(berfikir sejenak)"

"Cepat lah, aku nak book tiket flight terus ni. Kalau lambat terlepas la tiket RM4 ni"

"Erm, ok boleh la..."

Dalam keadaan serabut Melati terpaksa bersetuju dengan pertanyaan Ayong. Ikut hati memang Melati malas menemani kakaknya balik. Lagipun bukannya urusan dia. Namun apakan daya, perasaan belas lagi lebih daripada buat tidak tahu dengan masalah adik beradik.

Melati seorang yang lembut hati. Mudah kalah dan tidak sampai hati pada pujuk rayu dan airmata orang lain. Sensitiviti yang tinggi terhadap perasaan orang lain. Cuma apa yang paling Melati terkilan, susah benar orang lain mahu memahami diri dan perasaannya. Antara perasaan tidak mahu dan juga serba salah. Apalagi bila seseorang itu seolah-olah mendesak dirinya menerima apa sahaja permintaan dan pertolongan. Deritanya rasa sebegitu!

Nafas Melati turun naik, rasa sesak tiba-tiba bila memikirkan mahu mengambil cuti lagi. Emergency Leave!Arghhhhh..Bos Melati semestinya melontarkan pelbagai soalan lagi disebabkan Melati asyik cuti balik kampung. Allah saja yang tahu betapa Melati resah memikirkan impak yang bakal berlaku pada dirinya  sebaik saja pulang dari kampung nanti.

*******

Melati mula menyusun ayat-ayat yang sesuai dalam kepalanya untuk disampaikan kepada Kak Reen, staf HR tempat dia bekerja. Dia terpaksa balik awal hari ini memandangkan dia akan ke rumah Ayong nya dahulu di Putrajaya sebelum menaiki kapal terbang jam 9 malam.

Berkali-kali Kak Reen lalu di tepi mejanya apabila mahu keluar dari pejabat staf perempuan untuk ke bilik mesyuarat di tingkat 11. Setelah berkira-kira sendirian, akhirnya Melati menahan Kak Reen di tepi bucu kiri mejanya.

"Kak Reen, saya nak minta balik awal hari ini pukul 4 petang boleh tak? Flight saya pukul 9 malam ni"

"Yeke? Kalau macam tu, awak hantar email pada bos dan CC pada akak ok."

"Ohh, ok!"

Sungguh bertimbangrasa Kak Reen bagi lampu hijau untuk keluar awal. Sebaik saja mendapat maklumbalas positif daripada Kak Reen, Melati mula menekan butang 'new email' menggunakan Microsoft Outlook untuk menghantar mesej makluman buat bosnya.

Dear Dr.Moussa,

I have to go back early TODAY at 4 p.m, need some preparations before going back to my hometown tonight..

Syukran..
Jenuh juga nak susun ayat dalam email walaupun sekadar dua baris. Bahasa Inggeris pula tu. Sebaik sahaja Melati menaip perkataan 'regards' selepas langkau dua baris daripada perkataan terakhir mesej tersebut, dia menekan pantas tetikus pada butang 'to'. Huruf  'A' ditaip, lalu nama Asst.Prof.Dr.Moussa Keita dipilihnya. Manakala pada butang 'cc', Melati menaip huruf 'A' lagi, 'I' dan 'S' dan memilih nama Azreen Zainal Abidin,Izzuddin Helmy serta Syazwan Khalis selaku Head Of Department Melati. Akhir sekali Melati klik butang 'SUBMIT'.

Tiada apa yang diharapkan oleh Melati melainkan bosnya dapat memahami masalahnya.

Friday, 16 March 2012

Embun Melati | Awak Kena Kahwin

Migrain bukan kira masa dan ketika bila ia mahu menjengah. Sudah 3 hari Melati menahan sakit akibat migrain bermula Ahad, Isnin dan juga Selasa. Bermakna hari Isnin dan Selasa, Melati tidak dapat bekerja. Oleh kerana teman-teman serumah Melati semuanya pelajar, jadi Melati berseorangan di rumah sewa, meniti hari bersendirian tanpa sesiapa sudi membantu. 

Jika mahu difikir-fikir, hendak juga Melati memandu kereta bersendirian menuju ke klinik pada hari Isnin, tu  namun bimbang juga kalau apa-apa terjadi pada diri akibat cuba-cuba memandu dalam keadaan sakit. Lalu Melati hanya berehat saja pada hari tersebut dan membuat keputusan untuk berjumpa doktor keesokan harinya.

Keesokan hari iaitu hari Selasa, Melati ke Klinik Ajwa yang berdekatan dengan rumah sewanya. Dekat tak dekat pun, Melati tetap kena gagahkan diri memandu kereta. Melati sudah serik berkunjung ke Klinik Noridah walaupun klinik itu bersebelahan saja dengan blok rumah kedai yang didiaminya. Bukan apa, semenjak doktor di Klinik Noridah berkata begini :

"Kerap juga awak ambil MC ya?"

Menyirap juga Melati mendengar pertanyaan tersebut. Bagi Melati ia merupakan sindiran, bukan ayat tanya. Apa punya doktor la, dia ingat manusia sakit ni hanya dapat dengan meminta-minta daripada Yang Memberi sakit. Sebab itulah Melati jawab :

"Nak buat macam mana dah saya sakit"

Klinik Ajwa selalunya dikunjungi oleh ibu-ibu mengandung. Melati masih lagi bujang tetapi kebiasaannya setiap doktor yang memeriksanya pasti ingat dia ni sudah berkahwin. Arghh tekanan betul!

Melati bercadang untuk mendapatkan mc untuk hari kelmarinnya tapi doktor tidak meluluskan pengambilan mc bagi hari yang sudah terlepas. Sebenarnya doktor tu kerek saja, bukan susah pun nak bagi, lagipun MC dibayar, malahan Melati memang betul-betul tidak sihat. Namun apa boleh buat sudah begitu nasibnya. Dapat sehari saja la MC untuk Selasa. Hari kelmarin tersebut Melati buat EL (emergency leave). Apa boleh buat, terpaksa.

Bagi  staf HR mengesahkan MC pada hari tersebut juga cerewet dan leceh. Nak kena isi borang dan ambil tandatangan bagai daripada bos. Melati sebenarnya merasa agak cuak mahu mengadap muka bos yang berkilat. Ops!

Eh, Melati bukannya bencikan bos, cuma bos suka saja sindir Melati. Awal-awal Melati kerja dulu, bos kata Melati ni jumpa dia sebab minta sign cuti atau MC sahaja. Sampai hati kan bos, Melati tidak pernah berniat begitu, sudahnya keadaan jadi macam tu Melati nak buat bagaimana lagi?

Seminggu juga la Melati cari masa untuk jumpa bos ambil tandatangan pengesahan MC. Hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Melati melangkahkan kaki ke bilik bos nya. Dalam hati Melati hanya berdoa agar kali ini bos tidak memerli lagi.

Ada juga la beberapa soalan yang bos lontarkan pada Melati berkaitan dengan EL yang perlu disahkan melalui iloginhr.com. Last sekali barulah Melati hulurkan borang dan juga MC untuk ditandatangani. Alih-alih bos kata :


"Awak ni kena kahwin baru kurang sakit."

Adeyyyyy. Kena juga!

Melati cuba membalas kata-kata bosnya dengan setenang yang boleh.

"Ya ya bos, insyaAllah."

Wednesday, 14 March 2012

Embun Melati | Mesyuarat Habuk Pun Tara Hasilnya

Mesyuarat suatu ketika dulu (tidak tercatat tarikhnya)….

Dari semalam lagi Melati menunaikan solat sunat Istikharah, namun masih tidak ketemu jawapannya. Melati nak menikah? Oh tidak tidak! Melati tengah fikir nak berhenti kerja atau tidak. Mana satu la Melati mahu pilih. Uhuk uhuk..

Hari ini tiba-tiba sahaja mesyuarat  diadakan balik. Melati ingatkan sudah tidak ada mesyuarat sejak Uncle Arab yang  nombornya entah keberapa tu naik pangkat jadi bos kepada bos Melati. Macam biasa la Melati tak banyak bersuara dalam mesyuarat. Mesyuarat yang tidak pernah membuahkan apa-apa hasil itu berlangsung selama setengah jam. Sepatutnya sejam tapi Uncle Arab tu asyik kacau saja. Elok juga, Melati dah tak tahan berada dalam bilik bos Melati yang baik tapi tak berapa nak best..
    
Pakcik Wesam pun turut perkenalkan diri hari ini. Ustaz Izzuddin kata, Geng2 tak berapa nak hot semuanya kenalkan diri balik. Si Hafiz selalu buat lawak bodoh. Bunyi macam tak perlu nak gelak tapi sebenarnya Melati ketawa terkekek-kekek juga.
    
Bos Melati asyik pandang Melati je hari ni. Perasan! Padahal Melati betul-betul duduk depan bos dia.
“ Saya rasa Unit Peperiksaan tiada apa-apa masalah bukan?

Tepat-tepat bos pandang wajah Melati. Melati tiba-tiba menikus. Tapi, penyelamat Melati,Ustaz  Izzuddin dengan lajunya mengutarakan permasalahan unit. Melati masih lagi macam tu, senyum, lepas tu ketawa. 
Tiba-tiba Uncle Arab tu datang lagi..

“Kamu kata nak cakap sepuluh minit, ni dah lebih. Daripada 10 minit jadi setengah jam, entah-entah jadi sejam pula lepas ni!”

Bos Melati buat muka tenang tapi dalam hati penuh kecuakan. Melati tahu tu!hahaha…Saat yang ditunggu-tunggu Melati, nak keluar dari bilik mesyuarat, bosannnnnn!

Friday, 2 March 2012

Life Preview

Entah kenapa aku masih terasing. Terasing pada yang tidak asing. Sukarnya berbicara pada yang tidak asing. Payahnya meluahkan kelelahan pada mereka. Tidak mudah menyatakan pada mereka bahawa aku sebenarnya sangat sakit. Sakit fizikal dan mental yang paling utama.

Apa lagi yang aku boleh buat selain menangis seorang diri dalam ruang sempit ini. Menghempas sisa-sisa amarah dan pilu pada papan kekunci untuk menghasilkan sesuatu di sini. Sungguh aku sangat perlukan teman untuk berbicara dan menangis.

Sabar itu juga ada limit tahu? Sampai bila lagi aku mampu bertahan?

Kenapa kita perlu berkorban demi kebaikan orang lain? Bukan untuk diri sendiri? Menjaga diri sendiri dahulu lebih baik daripada kita jaga orang lain. Kalau kita jatuh, macam mana kita nak bantu orang lain bangun? Kalau kita pun sakit, macam mana kita nak jaga orang yang dah sedia sakit?

********

Baris baris cerita dahulukala buat aku terfikir kembali..Alangkah susahnya mahu berdiri seperti sekarang. Bukan mudah mahu membuang luka-luka lama.

Jika dahulu aku cuba bangkit, pasti jatuh kembali dengan mudah
Lemah kalah pada masalah
Berteriak sendirian jauh di sudut batin
Tiada insan lain memahami

Alangkah rapuhnya jiwa aku suatu ketika dulu. 

Adakala aku sendiri tidak sedar yang aku semakin pulih hari demi hari. Biarpun aku jauh dari insan yang buat pertama kalinya dalam hidup aku, dia hadir memberi sedikit ruang payungan persahabatan kerana Allah. Kata-katanya memberi inspirasi, mengasah semangatku yang kian tumpul.

Berpuluh tahun aku hidup dalam amarah yang tidak aku sedari tersimpan kejap dalam diri. Sehinggalah aku dipertemukan dengan insan mulia ini.

Aku cuba belajar jadi pemaaf.
Aku cuba jadi penyabar.
Aku cuba jadi hamba yang bersyukur.
Aku cuba jadi seorang yang redha dengan jalan hidupku 
setelah cuba berusaha menjadi yang terbaik.

Aku masih mampu menangis.

Tapi..

Tidak pada luka itu
Namun pada lemahnya diri sebagai hamba serba kekurangan.

Mujahadatun Nafs.