Tuesday 31 July 2012

Embun Melati | Perlu Semangat

Airmata berjuraian bagai tiada mahu berhenti. Bucu bantal sebelah kiri lencun dibanjiri airmatanya.

Sudah lama Melati tidak menangis sebegini rupa. Melati sakit siapa yang tahu? Tiada siapa yang pastinya mengerti kekecewaan dalam hatinya. Pasti kalian ingat Melati kecewa dengan cinta manusia bukan? Oh tidak. Melati tidak mahu kecewa kerana cinta pada insan bernama lelaki. 

Melati cuma kecewa dengan diri sendiri. Kecewa kerana tidak mampu menjaga diri sendiri. Kecewa kerana tidak mampu sabar menahan kesakitan. Melati sedih terpaksa menyusahkan orang lain demi mengatur kesembuhan diri sendiri. Terkadang Melati tidak mampu melawan hiba pabila orang lain naik angin terhadap dirinya.

Hari Isnin dikatakan hari yang baik. Hari yang Nabi suka. Namun bagi Melati ianya hari ujian, dugaan yang tidak mampu Melati tahan perasaan sendiri daripada bersabar. Dan...Melati hanya mampu menangis tanpa henti. Sekejap-sekejap teresak-esak menahan sendu tangis. Melati cuba gagahkan diri sendiri melakukan apa-apa sendirian demi menenangkan hati rawan.

Adakalanya Melati rasa mahu pergi jauh-jauh dari semua orang. Tapi harusnya ke mana?Tiada tempat atas dunia ini yang tiada manusia. Langkah kaki ke mana sekalipun, pasti Melati kan jumpa wajah-wajah manusia yang punya pelbagai ragam dan sifat.

Melati tidak minta banyak dari kawan-kawan. Mendengar dan memeluk Melati ketika sakit dan sedih. Hanya itu. Biarlah sekalipun kawan tidak mampu menyelesaikan masalah yang Melati hadapi, tapii...cukuplah jika mereka memeluk Melati dengan penuh kasih sayang seperti kanak-kanak yang inginkan belaian dari ibunya. Melati perlu sokongan dan semangat untuk teruskan hidup. Perlu kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya.

Melati tak kuat. Melati rapuh. Serapuh biskut yang lemau akibat sudah lama tidak disentuh dan dimakan. 

Melati perlukan ketabahan. Seperti tabahnya Sumayyah menghadapi huluran pedang kafir. 

Melati perlu ketenangan. Seperti tenangnya air laut yang belum pasang.

Melati mahu kegembiraan. Seperti riangnya kanak-kanak bermain layang-layang, melawan arus angin dari kiri kanan.

Melati merintih lagi......

Monday 4 June 2012

Embun Melati | Rombongan


"A TRIP TO KELANTAN “KELATE”

رحلة الى كيلانتان

Assalamualaikum wrth wbrth 
Dear all,

Those who are interested to join a trip to Kelantan, kindly register your name with Bro Aidil (bukan nama sebenar) as soon as possible (by next week,Monday) In order to cover the cost of transportation from KL – KB ( 7 hours), and two nights’ accommodation. Therefore, if you are interested to join 2 days program as mentioned in tentative attached, you are required to pay RM100 per head. (adult). All our children are free.

We will depart from KL at Friday and come back to KL again after attending wedding ceremony of our staff, Rosli Tarmizi (bukan nama sebenar). (office organizer). 

For further inquiry, please do not hesitate to call Bro Aidil . Thank you."


*******


Errr...tak best lah balik sekejap-sekejap. Melati rela habiskan duit balik jumpa mak bapak lama-lama. Bukan trip mrip macam ni. Ha, kalau trip ke rumah Melati tidak mengapa. Sambut menantu dapat rahmat. Eh menantu?!

Silap, tetamu...hehehehe


Sunday 15 April 2012

Embun Melati | Resah & Harapan

"Kau boleh ikut aku balik tak?"

"Err, entah la boleh ke..Jap..(berfikir sejenak)"

"Cepat lah, aku nak book tiket flight terus ni. Kalau lambat terlepas la tiket RM4 ni"

"Erm, ok boleh la..."

Dalam keadaan serabut Melati terpaksa bersetuju dengan pertanyaan Ayong. Ikut hati memang Melati malas menemani kakaknya balik. Lagipun bukannya urusan dia. Namun apakan daya, perasaan belas lagi lebih daripada buat tidak tahu dengan masalah adik beradik.

Melati seorang yang lembut hati. Mudah kalah dan tidak sampai hati pada pujuk rayu dan airmata orang lain. Sensitiviti yang tinggi terhadap perasaan orang lain. Cuma apa yang paling Melati terkilan, susah benar orang lain mahu memahami diri dan perasaannya. Antara perasaan tidak mahu dan juga serba salah. Apalagi bila seseorang itu seolah-olah mendesak dirinya menerima apa sahaja permintaan dan pertolongan. Deritanya rasa sebegitu!

Nafas Melati turun naik, rasa sesak tiba-tiba bila memikirkan mahu mengambil cuti lagi. Emergency Leave!Arghhhhh..Bos Melati semestinya melontarkan pelbagai soalan lagi disebabkan Melati asyik cuti balik kampung. Allah saja yang tahu betapa Melati resah memikirkan impak yang bakal berlaku pada dirinya  sebaik saja pulang dari kampung nanti.

*******

Melati mula menyusun ayat-ayat yang sesuai dalam kepalanya untuk disampaikan kepada Kak Reen, staf HR tempat dia bekerja. Dia terpaksa balik awal hari ini memandangkan dia akan ke rumah Ayong nya dahulu di Putrajaya sebelum menaiki kapal terbang jam 9 malam.

Berkali-kali Kak Reen lalu di tepi mejanya apabila mahu keluar dari pejabat staf perempuan untuk ke bilik mesyuarat di tingkat 11. Setelah berkira-kira sendirian, akhirnya Melati menahan Kak Reen di tepi bucu kiri mejanya.

"Kak Reen, saya nak minta balik awal hari ini pukul 4 petang boleh tak? Flight saya pukul 9 malam ni"

"Yeke? Kalau macam tu, awak hantar email pada bos dan CC pada akak ok."

"Ohh, ok!"

Sungguh bertimbangrasa Kak Reen bagi lampu hijau untuk keluar awal. Sebaik saja mendapat maklumbalas positif daripada Kak Reen, Melati mula menekan butang 'new email' menggunakan Microsoft Outlook untuk menghantar mesej makluman buat bosnya.

Dear Dr.Moussa,

I have to go back early TODAY at 4 p.m, need some preparations before going back to my hometown tonight..

Syukran..
Jenuh juga nak susun ayat dalam email walaupun sekadar dua baris. Bahasa Inggeris pula tu. Sebaik sahaja Melati menaip perkataan 'regards' selepas langkau dua baris daripada perkataan terakhir mesej tersebut, dia menekan pantas tetikus pada butang 'to'. Huruf  'A' ditaip, lalu nama Asst.Prof.Dr.Moussa Keita dipilihnya. Manakala pada butang 'cc', Melati menaip huruf 'A' lagi, 'I' dan 'S' dan memilih nama Azreen Zainal Abidin,Izzuddin Helmy serta Syazwan Khalis selaku Head Of Department Melati. Akhir sekali Melati klik butang 'SUBMIT'.

Tiada apa yang diharapkan oleh Melati melainkan bosnya dapat memahami masalahnya.